Kenapa Sistem Pembumian (Earthing) Itu Penting?
Earthing adalah satu rangkaian litar yang Wajib ada dalam setiap pemasangan elektrik. Dari sekecil rumah hinggalah sebesar kilang. Semua perlukan Earthing. Litar Earthing ini sering dipandang ringan kerana lampu boleh menyala tanpanya. Soket boleh digunakan tanpanya. Tapi tahukah anda bahaya yang menanti?
Apa itu Earthing?
Dalam istilah elektrik, Earthing biasanya dikenali sebagai Grounding / Pembumian, ia adalah sistem yang direka untuk melindungi wayar dan komponen elektrik dari kerosakan yang disebabkan oleh lonjakan kuasa elektrik secara tiba-tiba. Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan risiko terkena renjatan elektrik terhadap pengguna.
Akibat tiada Earthing.
1. Boleh menyebabkan penebat kabel cair akibat terlalu panas disebabkan beban lampau.
2. Perkakas elektrik selalu rosak.
3. Penebat yang cair boleh menjadi punca renjatan elektrik kepada penguna jika tersentuh dengan bahan pengalir. cth : logam, air. Renjatan elektrik boleh membawa maut.
4. Boleh menyebabkan berlakunya litar pintas dan seturusnya kebakaran KEBAKARAN!
Ringkasanya. Setiap pepasangan yang tiada Earthing berpotensi untuk mencederakan pengguna.
Adakah anda pasti sistem Earthing di premis anda berada dalam keadaan baik?
Jika TIDAK!
Ikut langkah mudah ini sebelum anda atau orang disekeliling anda menjadi mangsa renjatan elektrik.
Video - -
Comments
Post a Comment