KENALI BEBAN LEBIH DAN LITAR PINTAS

Kita sering terdengar tentang arus beban lebih atau selalu disebut sebagai beban lebih dan litar pintas apabila sedang berhadapan dengan masalah elektrik. Tapi tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan beban lebih dan litar pintas?

1. BEBAN LEBIH

Tanda - tanda beban lebih.
1) pemutus litar kenit ( mcb - miniature circuit breaker) selalu trip.

2 ) Tidak boleh guna perkakas elektrik dalam satu masa yang sama.

3) perkakas elektrik kerap rosak.

4) kable menjadi panas.

Punca beban lebih.
1) Terlalu banyak sambungan pekakas elektrik pada satu litar elektrik. selalunya berlaku disebabkan penyambungan extension plug yang berlebihan.

2) Bekongsi satu MCB yang sama tanpa mengambil kira pengunaan perkakas elektrik yang akan digunanakan.

3) salah mengira faktor kepelbagaian

4) pemilihan nilai MCB yang tidak sesuai.

2) LITAR PINTAS

Berlaku apabila pengalir fasa (live) dan pengalir neutral bersentuh di antara satu sama lain. Pada kebiasaannya arus litar pintas adalah terlalu tinggi dan sekiranya alat perlindungan mengambil masa untuk memutuskan litar ini boleh menyebabkan pengalir kabel panas dan seterusnya terbakar.

Punca litar pintas
1) penebat kabel cair akibat terlalu panas.
2) pengalir terdedah.
3) radas elektrik (socket, distribution board dll..)  tidak diselengara dengan baik.

*PERINGATAN! 
Distribution Board memainkan peranan paling penting dalam melindungi perkakas elektrik dan keselamatan pengguna daripada terkena renjatan elektrik. Penyelenggaraan  berkala amat digalakan.

Video -

Comments

Popular Posts